No Pain No Gain

Thursday, 1 May 2014

Kisah P. Ramlee Dengan Isteri-isterinya & Anaknya


Perkahwinan dan Isteri-Isteri 

P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. P.Ramlee buat pertama kalinya mendirikan rumah tangga dengan anak salah seorang seniman ketika itu. Isterinya yang dimaksudkan ialah Junaidah Daeng Haris, berkahwin pada tahun 1950 dan bercerai pada tahun 1954. Kemudian mereka dikurniakan 2 orang cahaya mata, iaitu Mohamad Nasir dan Arfan. Wanita dalam hidup P. Ramlee menyintai beliau atas sebab-sebab yang berbeza. Isteri pertama beliau, Junaidah, menyintai P. Ramlee ketika beliau masih belum ternama.


Setelah bercerai pada tahun 1954, P.Ramlee berkahwin dengan Noorizan Mohd Noor pada 6 Februari 1955. Namun begitu perkahwinan mereka tidak dapat bertahan lama. Mereka bercerai pada tahun 1961. Perkahwinan kedua P. Ramlee dengan Noorizan, seorang kerabat diraja Perak yang sanggup meninggalkan alam istana demi orang yang dicintainya itu. Walau bagaimanapun, Norizan mengharapkan sesuatu yang lebih dari perkahwinan mereka tetapi P. Ramlee lebih menumpukan hidupnya kepada kerjaya seninya yang menyebakan perkahwinan mereka retak.

Kali terakhir P. Ramlee berkahwin adalah dengan Salmah Ismail (Saloma) pada 21 November 1961 dan jodoh mereka kekal hingga ke akhir hayat. Saloma menyintai P. Ramlee seadanya, iaitu sebagai seorang seniman dan sebagai seorang yang biasa yang menyebabkan Saloma menjadi teman hidup sehati sejiwa beliau sehingga ke akhir hayat.

P. Ramlee bersama isteri-isterinya: Junaidah, Norizan dan Saloma

P. Ramlee mempunyai ramai anak yang dijaga beliau dan tetapi hanya dua orang sahaja yang merupakan anak kandungnya hasil perkahwinan beliau dengan Junaidah, iaitu Nasir dan Arfan. Anak-anak beliau banyak membantu beliau dalam kerja seperti menjadi penyanyi latar kanak-kanak (contohnya lagu Tolong Kami Bantu Kami dari filem 3 Abdul) dan pelakon kanak-kanak tambahan (contoh Sazali yang berlakon sebagai anak pekerja ladang dalam Anak Bapak). 

Berikut merupakan anak-anak yang pernah dijaga beliau: 
♦ Mohamad Nasir : Anak kandung bersama Junaidah (1953-2008) 

♦ Arfan : Anak kandung bersama Junaidah (1954-1998) 

♦ Sazali : Anak angkat (lahir 1958) 

♦ Abdul Rahman : Anak tiri (anak Junaidah) 

♦ Norma : Anak tiri (anak Noorizan) 

♦ Armali bin Aman Ramlie: Anak tiri (anak Saloma dan A.R.Tompel) 

♦ Betty : Anak angkat 

♦ Zakiah bte Ahmad @ Zazaloma : Anak angkat (lahir 1963) 

♦ Sabaruddin @ Badin : Anak angkat (1966-2007) 

♦ Salfarina bte Mum @ Dian P. Ramlee: Anak angkat Saloma (keturunan Cina)

P. Ramlee bersama anak-anaknya

Saturday, 26 April 2014

Resepi Mee Udang Sedap dan Mudah

Ewah tajuk ni mcm tak percayakan? inilah belog saya yang saya kena buat untuk assigment Multimedia & Internet pada sem ini..

Di sini saya nk share cara masak mee udang dengan menggunakan resepi Mak saya.. Petang-petang kalau makan sedap ni.. Dah takmo banyak bunyik terus ke resepinya.. Let's jom!


Bahan-bahan (untuk celur dalam air mendidih beberapa minit, pastu letak tepi)

1. Mee kuning
2. Bihun (kalau Mee Udang original ada bihun sekali, tapi lupa beli lulzy)
3. Fishball (atau orang Jawa panggil pisbbol, b tuh pekat sikit sebutan dia k)
4. Fishcake
5. Taugeh
6. Kangkung
7. Tauhu
8. Udang 20 ekor (ini saja yang bukan dicelur tapi direbus asing, jangan buang kepala udang dan air rebusan udang)

Bahan-bahan (untuk dikisar lumat dan ditumis)

1. Cili kering yang dah direbus, dibersih dan dikisar. Dalam 1 cawan (takde sukatan sebenarnya, roughly jer, saya tak suka sukat bila masak, kena feel masa tuh gak)
2. Belacan sebesar ibu jari. LOL boleh tak sukat camni. Ala bolehlah bolehlaaah.
3. Taucu satu sudu.
4. Udang kering dua genggam, kalau genggaman anda kecil seperti Keknis.
5. Bawang merah 3bijik. *maaf tertinggal bawang tadi.
6. Bawang putih 5ulas.
Bahan-bahan lain
1. Air asam jawa sebanyak suku cawan.
2. Air rebusan udang tadi yang dikisar bersama kepala udang pastu ditapis. Ini kuantiti air rebusannya semangkuk besar.
2. Limau kasturi untuk dipotong bontotnya dan letak tepi mangkuk waktu makan.

Langkah-langkah

1. Celur semua bahan yang perlu dicelur pastu letak tepi suruh dia duduk diam-diam.
2. Kopek kulit dan kepala udang pastu sisa kulit dan kepala tuh semua letak dalam air rebusannya tadi dan kisar air udang tuh. Udang yang dah togel tuh letak tepi untuk hias mee udang nanti (garnish).
3. Kisar semua bahan yang perlu dikisar (cili,belacan,taucu,udang kering,bawangs) pastu tumis!
4. Tumis sehingga naik minyak dan bau semerbak satu kampung pastu letakkan air asam jawa, disusuli dengan air rebusan udang yang telah ditapis. Kalau tak tapis nanti rasa ngeres kat lidah bila makan. Ngeres tuh maksudnya berpasir-pasir.
5. Masak masak masak pastu tambah air, ikut kesesuaian texture kuah mee udang, masukkan pisbbol dan fishcake.
6. Tambah garam, ajinomoto dan gula. Sukatan dia banyak gaklah, sebab kuah tuh akan jadi banyak, hampir penuh kuali sederhana besar, maka perasa pun kena banyak. Tambah jugak stok ayam.
7. Godek-godek sampai sedap, pastu hidangkan!


Mai kita tengok maii.. sedappp oooww..

Siap! Boleh makan dengan kenyang lepastu tidoq lena.. kalau Sir Farhan baca ni harap terliur la ye.. hehe..
SALAM..

Thursday, 24 April 2014


Biodata Lazar Angelov (Model Bina Badan)





Nama: Lazar Angelov
Ketinggian: 6”0 (180 cm)
Berat: 195 lbs (88 kg)
Tarikh Lahir: September 22nd, 1984
Tempat Lahir: Sofia,Bulgaria

Sebelum menjadi seorang bina badan dan pelatih peribadi, Lazar Angelov bermain bola keranjang profesional selama 10 tahun. Beliau mengetuai pasukannya dalam menjaringkan untuk musim-musim pelbagai dan adalah salah seorang pengawal titik terbaik kelasnya. Pada usia 16 beliau menyertai pasukan kebangsaan junior Bulgaria dan bermain untuk beberapa pasukan dalam Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan Bulgaria. Pada usia 18 dia menghabiskan setahun setengah dalam Tentera , di mana beliau mendapati kerjaya beliau - bina badan. Ia menjadi sebahagian tetap hidupnya dan dia pergi untuk mendapatkan perakuan bagi pelatih peribadi dari Akademi Sukan Negara . Lazar mula bekerja dengan orang, membantu mereka untuk mencapai potensi maksimum mereka dalam membangunkan tubuh mereka.



Beliau berdedikasi hidupnya untuk bina badan dan sejak 2006 telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang berbeza , manakala tidak pernah gagal untuk memenangi sekurang-kurangnya pingat gangsa setiap masa. Dia mencapai bahawa walaupun tidak pernah mengambil (dan tidak akan) steroid. Lazar menguasai pembina badan lain dengan susuk tubuh yang seimbang dan definisi yang luar biasa.
Beliau memiliki beberapa abs yang terbaik di dunia. Sebagai pelatih peribadi beliau telah dapat mengubah mayat beribu-ribu orang dan membuat motivasi dan pengetahuannya berjangkit kepada mereka. Sebagai model beliau mengambil bahagian dalam beberapa video muzik dan iklan. Badannya , cita-cita dan motivasi beliau adalah inspirasi kepada berjuta-juta orang di seluruh dunia terima kasih kepada video youtube beliau. Oleh kerana beribu-ribu soalan dan pertanyaan tentang latihan setiap hari dan pemakanan beliau memutuskan untuk mewujudkan laman web peribadi beliau beliau - lazarangelov.com , di mana semua orang akan mempunyai peluang untuk menerima segala sesuatu yang diperlukan untuk mencapai potensi fizikal maksimum tanpa menggunakan steroid.
Pada bulan Januari , 2012 Lazar Angelov menyertai Nutri- sups Seluruh dunia - # 1 syarikat pengedaran makanan tambahan di dunia.